Tuesday, August 9, 2011

CERITA RENUNGAN


CERITA TUKANG GUNTING
Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.


Monday, July 25, 2011

UJIAN / PEPERIKSAAN @ SKSS

26 - 28 JULAI 2011  -  PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011

15, 16, 18 DAN 19 OGOS 2011 - UJIAN BULAN OGOS

13 - 15 SEPTEMBER  -  PEPERIKSAAN UPSR 2011 

18 - 21 OKTOBER 2011  -  PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 

JANGAN LUPA AKAN TARIKH YANG DINYATAKAN DI ATAS. BUATLAH PERSIAPAN AWAL DAN CIPTALAH KEJAYAAN YANG MENJADI KEBANGGAAN DIRI SENDIRI, IBU BAPA DAN KELUARGA TERCINTA. SELAMAT BERUSAHA !

MAKLUMAN CUTI @SKSS

1 OGOS 2011(ISNIN)  -  CUTI AWAL RAMADHAN

17 OGOS 2011(RABU) - CUTI NUZUL QURAN

27 OGOS - 4 SEPTEMBER 2011 - CUTI PENGGAL

MANFAATKANLAH MASA CUTI DI BULAN RAMADHAN INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERCUTI...

Monday, March 21, 2011

TSUNAMI DI JEPUN

video
Gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun telah mengubah bentuk rupa buminya. Lihatlah betapa dahsyatnya ombak tsunami membadai bumi Jepun. Segala yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua...

Friday, March 11, 2011

IKAN KELI HARAM ???

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram
  Kepala berbentuk ‘V’
  Bentuk badan mirip torpedo
  Badan berwarna hitam berkilat
  Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
  Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
  Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal
  Kepala berbentuk ‘U’
  Bentuk badan tirus
  Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
  Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
  Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah         kepala dan badan
  Digoreng tidak meletup


Orang Islam perlu bijak membezakan ikan yang diberi makanan bahan haram dan bahan halal kerana perbezaannya amat ketara dari segi bentuk ikan itu sendiri. Ia mudah dikesan,”

Disebabkan bahan makanan haram itu mudah diperoleh, pengusaha Melayu sukar mendapat tempahan pasar raya, pasar basah dan pemborong kerana harga yang ditawarkan oleh pengusaha bukan Melayu jauh lebih murah sedangkan palet ikan lebih mahal.

“Mereka boleh menjual pada harga RM2.50 untuk sekilogram tetapi kita terpaksa mengenakan harga RM3.80 untuk satu kilogram. Itu satu persaingan sengit dan selalunya di situlah pengusaha Melayu ketinggalan,”
INFO DARIPADA HARIAN METRO.

Monday, November 15, 2010

KEPUTUSAN UPSR TERBAIK

SK Seri Sekamat telah berjaya mencipta keputusan terbaik UPSR pada tahun ini. Ini semua adalah berkat usaha yang tidak mengenal jemu oleh semua guru, komitmen belajar murid-murid dan doa yang berterusan daripada ibubapa. Terimakasih diucapkan kepada semua. Pada tahun ini seramai 29 murid berjaya mencapai keputusan terbaik 5A, manakala 19 orang murid mencapai keputusan 4A. Peratus kelulusan keseluruhan juga meningkat  kepada 75%. Syabas dan Tahniah diucapkan!

Kepada murid-murid yang tidak mencapai keputusan yang diharapkan, janganlah kecewa dan putus asa. Teruskan merancang dan berusaha untuk meningkatkan prestasi. Persiapkan diri menghadapi peperiksaan-peperiksaan seterusnya, iaitu PMR dan SPM dan ciptakan keajaiban dalam keputusan peperiksaan tersebut. Yakinlah, kamu boleh berjaya!

Monday, September 20, 2010

CERAMAH CIKGU NORISH

Alhamdulillah, anak-anak di SK Sri Sekamat Kajang sungguh baik, boleh memberi tumpuan penuh ketika sesi ceramah tadi.
Tahniah kepada guru sekolah terbabit, Cikgu Suhaimi yang telah melontarkan idea untuk mengadakan ceramah pencegahan ini.

Pak Cik Hafney sebenarnya tadi letih, katanya baru balik dari Muar malam tadi, memberikan ceramah kepada pesalah kes orang kena buang daerah. Memang beliau berceramah dimana-mana untuk menyedarkan orang lain yang belum sedar.

Semoga penderitaan yang beliau alami selama 15 tahun menjadi penagih, kamu semua dapat semat difikiran, dan katakan bahawa dadah itu memang Sial. Seperti yang Pak Cik cakap tadi, dadah itu sial, pak cik tak nak guna perkataan dadah itu najis, sebab bahasanya kurang mencengkam langsung.

Ambillah mana yang baik untuk dijadikan tauladan. Ingat cakap pak cik tadi, faktor terbesar beliau dulu jadi anak kurang ajar ialah kerana salah memilih kawan. So, kamu jangan pula tersalah memilih kawan.



Dengar cakap mak ayah di rumah, dengar cakap guru-guru di sekolah. Hidup ini terlalu berharga. Jangan persiakan. Seperti cikgu cakap tadi, faktor awal manusia jadi penagih ialah kerana mak ayah sering bercakaran. Mudah-mudahan mak ayah kamu semua orang yang beriman, yakin pada kehidupan selepas mati.

Kisah Penagih Wanita

Ada seorang wanita, dia mempunyai 2 orang anak, masa sekolah menengah dulu sebelum kahwin dia dah kenal dadah.

Bila kahwin, dia tak boleh lari dari dadah, akhirnya kena tangkap, walaupun suaminya menasihatinya supaya jangan ambil dadah.

2 tahun dia di Pusat Serenti Kota Bharu, tiada siapa datang menjenguknya, selepas bebas, dia pulang ke rumah, suaminya sudah kahwin 1 lagi, dia tak boleh terima hakikat yang terjadi, lalu keluar mencari dadah lagi, sambil guna, dia juga menjadi pengedar kecil-kecilan. Akhirnya tertangkap lagi. Kali ini kali kedua dia berada di Pusat Serenti.

Semasa di Pusat serenti Bachok, cikgu sempat bertanya padanya, mahu ke mana kakak selepas keluar nanti? Entahlah.....mak ayah saya sudah tiada lagi, suami pun dah kawin lain, saya rasa...saya akan mengambil dadah lagi.."Hmmmm.....

Itulah episod penagih dadah di dunia. Malang...malang dan malang. Sekali cuba, selamanya akan menjadi penagih. Tiada jalan keluar untuk berhenti, walau hati kecil meronta-ronta ingin keluar dan menangis. Namun mereka tak berdaya...

15 Julai 2010. SK Sri Sekamat, Kajang