Friday, July 25, 2008

CERITA MOTIVASI

KISAH SEBATANG PENSEL

"Suatu hari, apabila telah siap dihasilkan pensil-pensil di sebuah kilang pensil terkemuka , tuan punya kilang sempat berpesan sesuatu tentang 5 perkara kepada pensil-pensil hasilan kilangnya sebelum di masukkan ke dalam kotak dan dihantar masuk kepasaran-pasaran di serata dunia.

Kata pengusaha kilang itu, “Wahai pensil-pensilku semua ,kau telah siap sempurna terhasil dari buatan kami, sebuah kilang ternama. Tetapi sebelum kamu tinggalkan kilang ini dan bertebaran ke merata pelusuk dunia, aku ingin berpesan kepada kamu supaya kamu menjadi pensil terhebat hasil keluaran kami,

1. Kamu boleh melakukan pelbagai kerja yang hebat dengan syarat, kamu berikan peluang ini kepada diri kamu untuk melakukannya. Yakinlah pada diri mu


2. Kamu akan melalui pengalaman yang pahit lagi menyakitkan sebab kau akan diasah oleh manusia dari masa ke masa. Teruskan memberi khidmatmu dengan ikhlas dan dedikasi.


3. Ketika kau menulis, pasti adakalanya kau menulis dengan kesilapan. Tapi jangan takut. Kami bekalkan dengan pemadam terbaik yang boleh memadamkan kesilapanmu sendiri. Padamkanlah kesilapan itu dengan bersih tanpa meninggalkan apa-apa kesan dengan keberanian yang kamu ada.


4. Apa yang penting adalah apa yang ada pada dirimu. Jangan takut. Jadilah dirimu sendiri. Tidak perlulah kau menjadi orang lain.


5. Jangan cepat patah. Dalam apa jua keadaan kamu harus terus menulis. Menulis.menulis dan menulis, sehingga tulisan pensilmu itu benar-benar meninggalkan kesan….

Setelah berkata demikian, pensil pun fahamlah sudah apa yang dipesankan kepada dirinya., lalu diapun dibungkus ke dalam kotak besar dan dipasarkan oranglah….

Apa sebenarnya yang berlaku pada kisah sebatang pensil dapat kita terjemahkan kedalam kehidupan kita . Anda sebagai pelajar apa yang dapat kita terjemahkan dari 5 pesanan ini?



1. Anda semua hebat sebab kita semua punya kehebatan masing-masing, Cuma kita tidak sedar, apakah kekuatan diri, bila dan bagaimana ia ditonjolkan oleh diri kita. Hari ini mungkin kita seorang yang amat sederhana, atau mungkin dilihat seorang yang tak punya apa-apa, tapi esok lusa belum tentu lagi., sebab segalanya berubah oleh pemikiran dan sikap diri, dari siri pengalaman yang akan anda tempuhi. Dulu Dr Sheikh Muzaffar bukan siapa-siapa untuk di kenali. Beliau hanyalah seorang doktor dan peragawan yang dikenali dalam kelompoknya, hari ini ia dikenali seluruh Malaysia, bahkan ia mampu menjadikan rantau asia tenggara mencemburui kita dan hampir seluruh dunia Islam mengkagumi Negara kita Malaysia oleh pencapaian Dr Sheikh yang membanggakan.. Maka, berilah peluang kepada diri anda untuk menyumbang. Kenalilah diri , cari kekuatan diri yang tersendiri lagi tersembunyi. Anda mampu menjadi manusia hebat lagi mengkagumkan.


2. Pengalaman pahit adalah rempah ratus kehidupan atau asam garam dalam hidup yang akan menambahkan lagi perisa dalam kehidupan. Umpama asam dan garam dalam masakan. Makanan tidak akan enak perisa tanpanya di dalam gulai lemak cilipadi walau santankelapa cukup lemak, dengan daging kijang yang baru diburu, masih manis dan segar dan segala bahan ramuan lain disediakan. Umpama capati dan kuah dal dari bahan terbaik yang di adun, tapi tetap hambar jika tak terasa garamnya. Umpama Yong Taufu dengan bebola ikan yang bermutu dan makanan laut yang segar tak akan terasa perisanya tanpa garam. Begitulah hidup, tanpa ujian dan cabaran bahkan musibah dan bencana itulah yang akan meningkatkan mutu kehidupan kita. Ialah juga yang akan menambah warna warni dan seri dalam perjalanan hidup kita.


3. Cara kita memadamkan kesilapan dan memperbaikinya untuk masa hadapan menentukan cara kualiti diri kita berkembang. Perbaikilah kesilapan dan kelemahan yng kita ada. Jangan cepat melatah, atau menyimpan dendam kesumat. Berfikirlah secara positif.Maafkanlah diri dan maafkanlah orang lain yang pernah menyakiti kita. Memaaf kan itu akan memadamkan kesilapan lalu dan memutihkan semula permukaan hati kita untuk kita menuliskan diatas permukaan yang sama suatu yang baru yang lebih baik dan berbekas di hati kita.


4. Jadilah anda dengan diri anda yang tersendiri, unik lagi istimewa. Anda tidak perlu meniru gaya dan kehebatan orang lain dengan menjadikan diri anda klon kepada mereka. Orang tidak akan melihat anda dengan kehebatan yang sebegini. Anda hanyalah klon manusia yang hebat itu. Orang akan hanya melihat kita dengan cara kita yang tersendiri yang ada originalitynya – yang original, unik akan jelas terselah. Jangan takut. Jadilah diri sendiri


5. Dalam apa jua keadaan, betapa pun kesukaran hidup yang anda lalui, jangan cepat berputus asa, berpantang ajal sebelum maut, berpantang kalah sebelum bertarung. Jika anda jatuh, bangun semula. Jika jatuh lagi bangunlah lagi. Kegagalan tidak diambil kira berapa kali kita jatuh, tetapi kita dikatakan gagal jika kita jatuh lalu tidak bangun lagi. Teruslah melangkah, dan bekerja keras untuk suatu pengiktirafan. Walaupun pengiktirafan itu tidak datang dari orang lain , cukuplah anda dan tuhan sahaja yang mengetahui, merasakan keseronokan berusaha dan bekerja keras lalu melihat hasil yang anda lakukan begitu membanggakan anda berada di depan mata. Tak mengapa jika anda dikatakan syok sendiri dalam dunia anda. Suatu hari hasil karya yang besar ini akan terserlah dan orang akan mengiktiraf diri anda tanpa perlu anda meminta-minta pengiktirafan itu.

Selepas ini, anda akan meninggalkan kami dan sekolah bertuah ini. Sekolah yang telah melahirkan ramai anak didik yang berjaya, hasil didikan sekolah ini serta guru-gurunya yang berwibawa lagi berdedikasi. Lama masa yang diambil sebelum sekolah ini melihat hasilnya dapat dituai. Kami akan lepaskan anda semua selepas peperiksaan ini berakhir. Bertebaranlah anda nanti ke pelusuk Negara, bahkan mungkin ke serata dunia anda akan melangkah jauh perginya. Biarpun jauh anda melangkah, ingatlah, anda pernah bermula dari sini. Anda akan membawa nama kami semua,- sekolah, guru-guru bahkan nama baik ibubapa anda sendiri. Baik buruk tentang kami yang akan diperkatakan orang bergantung kepada kualiti diri yang akan anda tunjukkan kepada dunia di luar sana. Namun, kemana pun anda pergi ingatlah 5 pesanan ini


AKHIR KATA, ANDA BOLEH BERJAYA JIKA ANDA BERIKAN DIRI ANDA PELUANG UTK MENCUBA DAN MENCIPTA KEHEBATAN INI..
SEMOGA BERJAYA DAN JUMPA LAGI 10 ke 20 TAHUN DARI SEKARANG . TEMPOH YANG CUKUP UNTUK MELIHAT HASIL USAHA KAMI hari ini.

No comments: