BAGAIMANA HENDAK JADI "SMART"?
Oleh DR. ISMAIL ZAIN
[Selamat Pagi Cikgu - Utusan Malaysia]
KITA sering kali mendengar istilah "SMART" yang digunakan dalam melaksanakan pelbagai urusan. Pada umumnya sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia maka ianya membawa pengertian bahawa seseorang individu itu perlu menggunakan daya intelektualnya serta digabung dan diimbangkan dengan aspek fizikal dan spiritual supaya segala pilihan dan tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik serta memberi faedah tanpa sebarang pembaziran.
Pada penulisan saya kali ini saya cuba menjadikan perkataan "’SMART" sebagai satu perkataan akronim serta membuat huraian bagaimana perkataan tersebut dapat menjadikan satu refleksi dalam urusan kehidupan harian kita.
Pada saya "SMART" membawa pengertian Sentiasa Mahu Ambil Risiko dan Tanggungjawab. Huraiannya adalah seperti berikut:-
· S (Sentiasa) – Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu perlulah secara konsisten atau berterusan. Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan semalaman tetapi melalui ketekunan yang diamalkan setiap hari sedikit demi sedikit secara berterusan. Pepatah melayu ada mengatakan "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit."
Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan tekanan. Tekanan akan terasa sekiranya sesuatu tugasan itu dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu.
· M (Mahu) – Kemahuan adalah punca segala kejayaan. Ianya lahir dari jiwa yang suci. Kemahuan juga ada kaitannya dengan matlamat hidup. Seseorang yang mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang atau matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi dan berkeinginan untuk terus berusaha ke arah kejayaan berketepatanlah dengan pepatah melayu berbunyi " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."
· A (Ambil) - Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak melakukannya. Dengan lain perkataan, sekiranya seseorang itu tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan maka ianya hanya akan wujud dalam imaginasi dan ilusi sahaja. Oleh itu tindakan harus diambil untuk merealisasikan matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita. "Bulat tidak akan datang menggolek dan pipih tidak akan datang melayang" tanpa usaha yang gigih.
· R (Risiko) - Risiko membawa maksud cabaran. Kehidupan ini penuh dengan cabaran. Seseorang yang inginkan kejayaan harus sanggup menghadapi cabaran. Cabaran dapat menggerakkan kita ke arah kehidupan yang lebih dinamik. Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan cabaran. Cabaran juga akan mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya.
· T (Tanggungjawab) - Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada setiap individu. Seseorang yang bertanggungjawab akan berusaha untuk melakukan sesuatu tindakan yang dapat memberi faedah kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang yang bertanggungjawab juga akan cuba mengelak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatang kerugian serta keburukan.
Dari huraian yang ringkas tadi kita dapati seseorang yang "SMART" adalah mereka yang sentiasa mahu ambil risiko dan tanggungjawab.
Sebagai seorang pelajar, anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran.
Sebagai seorang insan anda harus cekal menghadapi cabaran. Cabaran adalah merupakan mainan dan asam garam dalam kehidupan. Kesabaran adalah ubat yang paling utama dalam menghadapi cabaran dan kesabaran itu juga adalah separuh daripada iman. Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah bertanggungjawab di atas segala tindakan. Anda perlulah percaya serta yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Sekiranya anda yakin dan bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan, maka insyaAllah tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.
Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur dan ikhlas, tanpa dipaksa dan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sebagai seorang guru pula sifat berani mengambil risiko dan tanggungjawab adalah merupakan sifat yang paling mulia. Sesungguhnya golongan guru sentiasa menanggung risiko dan tanggungjawab di dalam melaksanakan tugas mereka.
Risiko dan tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Mereka lakukan ini tanpa mengira masa, wang ringgit dan tenaga.
Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan segala kreativiti yang ada pada diri mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses anjakan paradigma.
Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang yang "SMART"? Buatlah satu refleksi diri sendiri berdasarkan ciri-ciri yang dihuraikan di atas.
***********************************
20 JANGAN
- JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
- JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
- JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
- JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya...
****************************************************************************
"Kaedah mengingat"
Proses pembelajaran memerlukan daya usaha untuk mengingati apa yang hendak dipelajari. Topik ini akan memberikan kaedah khusus untuk memudahkan anda mengingati apa yang telah dibaca di dalam buku teks ataupun buku rujukan. Teknik ini dinamakan SQ3R. Ia diterangkan seperti berikut:
- SURVEY
Mendapatkan gambaran awal keseluruhan topik yang hendak dipelajari dengan membaca perenggan pertama dan juga terakhir. - QUESTION
Mengenalpasti isu atau perkara pokok yang hendak disampaikan di dalam topik tersebut. Sebagai contoh, apakah mesej yang ingin disampaikan di dalam kisah ini?. - READ
Membaca secara proaktif dengan menghayati keseluruhan bahan yang dibaca, perenggan demi perenggan sehingga habis topik tersebut. - RECALL
Mengingat, dan cuba terangkan kembali dengan perkataan atau ayat sendiri tentang isi kandungan yang telah dipelajari dan difahami daripada topik yang telah dibaca itu.
REVIEW
Membaca sekali lagi bagi memastikan apa yang telah dipelajari dan difahami tadi terus tersimpan di dalam otak.
************************************************************************
PESANAN IMAM AL-GHAZALI
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.Lalu Imam Al-Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al-A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Solat. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan dan mengejar kekayaan dunia, pekerjaan kita tinggalkan solat.
Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan angkuhnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
No comments:
Post a Comment