Friday, August 15, 2008

TIPS PEPERIKSAAN

TIPS MENGULANGKAJI MENJELANG PEPERIKSAAN
(Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan)

LANGKAH A - ANALISIS TOPIK
1. Senaraikan semua topik yang telah dipelajari .


2. Senaraikan semua topik sepertimana yang terdapat dalam sukatan pelajaran (anda boleh dapati topik-topik dari buku teks atau sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru atau membelinya di kedai buku.

3. Buatkan perbandingan dan kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari atau belum difahami.

LANGKAH B - MENCARI MAKLUMAT
1. Topik-topik yang belum difahami sila cari maklumat sama ada dari guru atau membuat nota sendiri atau berbincang dengan rakan-rakan.

2. Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting.

3. Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda atau lain-lain cara yang mudah diingati. Rujukan untuk membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan untuk mempastikan isi-isinya tepat. Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan.

LANGKAH C - MENGULANGKAJI
1. Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks atau buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths dan sains.

2. Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan atau lain-lain mata pelajaran, pilih soalan dari kertas peperiksaan tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku teks dan buku kerja dan kemudian carai dan catatkan isi-isinya dalam kertas latihan.
3. Pelajar harus menyediakan satu fail untuk mengumpul segala latihan yang dibuat. Latihan-latihan tersebut adalah merupakan nota bagi anda.


*****************************************************************************************

TIPS PERSIAPAN DIRI SEBELUM PEPERIKSAAN

KESIHATAN DIRI.

a. Cuaca

i. Pastikan anda tidak terdedah dengan perubahan cuaca seperti hujan dan panas untuk mengelakkan daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit

b. Waktu Rehat

i. Walaupun anda perlu menggunakan setiap ruang masa untuk belajar tetapi anda juga perlu berrehat yang secukupnya mengikut waktu yang tertentu

ii. Anda perlu tidur dalam jangka masa 6 hingga 7 jam. Ini penting untuk mengelakkan daripada keletihan dan mengantuk.

c. Makanan.

i. Pastikan anda mendapat makanan seimbang seperti minum susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.

ii. Elakkan daripada makan makanan ringan seperti jeruk, minuman bergas dan sebarang makan yang memberi kesan ketidakselesaan pada perut.

iii. Elakkan daripada makan makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak atau pulut yang boleh mendatangkan rasa keletihan kerana terlalu kekenyangan.

d. Emosi.

i. Pastikan anda berada di dalam keadaan tenang dan ceria.

ii. Keadaan yang tenang boleh membantu anda berfikir dengan lebih baik. Ingat! Kebanyakan soalan memerlukan anda berfikir sebelum menjawab.

iii. Keadaan yang cemas menyebabkan anda tidak mampu berfikir panjang, mengakibatkan anda tidak mampu menjawab soalan, rasa kurang yakin serta mudah putus asa.

iv. Jangan berkelakuan tidak sopan atau melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan rasa marah oleh guru, rakan dan ibubapa. Kedaan dan suasana begini boleh mencetuskan ketegangan dan berakhir dengan tekanan emosi.

v. Banyak bersabar serta berdoa lepad Allah agar segala usaha yang dilakukan selama ini dapat diberkatiNya.

No comments: