Anda bercadang untuk mengikuti kelas tuisyen? Sila baca pandangan ini seterusnya...
Pusat-pusat tuisyen tumbuh di merata tempat di seluruh negara. Permintaan ke atasnya semakin meningkat kerana kesedaran umum terhadap kecemerlangan akademik semakin meluas. Persoalannya sekarang ialah apakah dengan menghadiri kelas-kelas tuisyen dapat membantu atau membantut pembelajaran seseorang pelajar ? Sebenarnya tidak ada jawapan tepat kerana sama ada ia menguntungkan atau sebaliknya bergantung kepada beberapa faktor yang akan dihuraikan di bawah. Oleh itu pelajar hendaklah memastikan wang yang dibelanjakan, masa yang digunakan, dan tenaga yang dicurahkan untuk ke kelas tuisyen adalah berbaloi...
Tuisyen Itu Boleh Membantu Jika...
(a) Guru berkelayakan dan pengajarannya berkesan
(b) Melibatkan beberapa subjek lemah sahaja, justeru itu masa mengulang kaji dapat ditambah
(c) Memberi tumpuan sepenuhnya ketika di kelas walaupun menghadiri tuisyen
(d) Hadir tuisyen atas keperluan
(e) Mengikuti kelas tuisyen secara serius
(f) Tidak meletihkan kerana kelas tuisyen tidak jauh dari rumah
Tuisyen Itu Boleh Membantut Jika...
(a) Guru kurang berkelayakan dan pengajarannya kurang berkesan
(b) Melibatkan semua subjek sama ada yang lemah atau tidak, justeru itu masa ulang kaji terbuang
(c) Kerana hadiri tuisyen, tumpuan di kelas diabaikan
(d) Hadir tuisyen kerana ikut kawan
(e) Main-main semasa di kelas tuisyen
(f) Berasa letih dan penat kerana berulang-alik ke kelas tuisyen yang jauh dari rumah
Oleh itu sebelum membuat keputusan sama ada pelajar sekalian memerlukan tuisyen atau tidak, elok kaji keperluannya dengan menggunakan kriteria seperti yang diutarakan di atas. Pastikan ia membantu, tidak membantutkan anda.
No comments:
Post a Comment