Salam. Selamat bertemu kembali. Semalam (4 April 2009) saya telah menghadiri program LADAP yang bertajuk seperti di atas. Secara mudahnya, tajuk di atas membawa maksud, bagaimana untuk mengekalkan kecemerlangan di dalam amalan hidup seharian. Saya dan rakan-rakan telah dibawa 'mengembara' tentang kehidupan oleh penceramah yang pada pandangan saya adalah seorang yang hebat jiwa, pemikiran dan amalannya, Prof. Dato' Dr. Sheikh Omar Abd Rahman. Menurut pemahaman saya, secara mudahnya, kecemerlangan itu bermula apabila ada penambahan nilai-nilai yang positif untuk faedah dan kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Setiap daripada kita mempunyai pilihan , sama ada untuk menuju ke arah yang lebih positif atau yang negatif. Saya amat tertarik dengan kata-kata hikmat yang dibekalkan, iaitu, " Hidup adalah bukannya apa yang berlaku kepada kita , tetapi yang lebih penting iailah apa yang kita buat setelah sesuatu yang berlaku kepada kita." Kami juga menerima pesanan sebagai renungan, iaitu tentang persoalan MENGAPA:
1. Mengapa engkau buat apa yang tidak sepatutnya dibuat?
2. Mengapa engkau tidak buat apa yang sepatutnya dibuat ?
3. Mengapa engkau buat apa yang sepatutnya dibuat dengan SAMBIL LEWA ?
Renung-renungkanlah...
Terimakasih Pak Sheikh !!!
No comments:
Post a Comment