16 MEI 2009. SELAMAT HARI GURU
Maka,telah tibalah tarikh keramat ini. Banyaklah ucapan yang diterima. Terimakasih kepada yang telah menghantar mesej. Di sini adalah sebahagian daripada ucapan yang menarik perhatian untuk dikongsi bersama...
Us. Yazid...SKSS
‘Ada kala kita di caci, adakala kita dimusushi, adakala kita dimarahi, adakala kita tidak dihargai .Tetapi...
Kita tetap tersenyum, kita tetap mara melangkah,kita tetap sabar dab tekun, kita tetap jitu dan ikhlas . Guru Pembina Negara Bangsa !
Cikgu Norhisham...SKBgi
Bad teacher complains, Good teacher explains, Better teacher motivates, Great teacher inspires !
Cikgu Saloma..KL
Bila murid duduk, cikgu berdiri. Bila murid diketuk dahi, cikgu pulak digari. Murid datang naik BMW 7 siri, cikgu datang naik motor buruk, kadang-kadang tak cuci. Murid pi belajaq sampai PhD, cikgu baru teragak-agak nak sambung degree. Namun begitu... di dunia cikgu berbakti, moga di akhirat syurga tempat kekal abadi...
En. Abd Aziz b. Isa,PPDHL
Selamat Hari Guru. Semoga Semangat Mendidik tetap membara !
Cikgu Norhanim dan CULAN CHIN...Zon Cheras
Banyak dapat BUNGA ? Itu tanda tugas guru mengharumkan dunia. Banyak dapat PEN ? Itu tandanya guru bijak melakar kata. Kalau dapat hadiah PEMADAM ? Itu tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat MESEJ dan UCAPAN aje... ? Itu tanda guru sentiasa diingatan !
Cikgu Rafidah Yoop.. SKSS
Mak cakap CIKGU macam MAGGI ... makanan masa susah. Ayah cakap CIKGU macam D’SEEKERS ...menakutkan... Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada. Tapi saya cakap CIKGU macam L’OREAL... kerana DIRIMU BEGITU BERHARGA !
Cikgu Rabuni... SKBR
I can appreciate coffee without susu, nights without lampu,curry without lembu,burgers without keju. But NOT SCHOOL without GURU !
No comments:
Post a Comment