sumber : buku Cemerlang aku cemerlang_Hj Ishammudin Hj Ismail_Pusat Ilmu Jelatik_2007
Sekiranya saya.....
Dalam kehidupan ini anda sebagai seorang pelajar hanya mempunyai dua pilihan dalam tindakan dan perancangan. Andalah yang membuat pilihan tersebut.
1. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang BERJAYA , maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang GAGAL.
2. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang RAJIN, maka sebenarnya sedang merancang untuk menjadi sorang pelajar yang MALAS.
3. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi pelajar yang PANDAI DAN BIJAKSANA maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang BODOH dan DUNGU.
4. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang BERDISIPLIN, maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang CINCAI.
5. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang PEKA, maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang PEKAK.
6. Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang UNGGUL, maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang TUNGGUL.
No comments:
Post a Comment