Thursday, June 3, 2010

SKSS MEMANG JUARA

Adik Nadrah bt Ahmad Marzuki dari tahun 4 telah bberjaya menjadi johan daerah Hulu Langat pada pertandingan membaca Al-Quran  dan kemudiannya mewakili negeri Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah !

Pasukan memanah MSSDHL telah menghantar pasukan memanahnya ke pertandingan Memanah MSSS baru-baru ini. Tahniah diucapkan kerana berjaya mendapat tempat ke-2 dengan membawa pulang 7 emas , 11 perak dan 8 gangsa.
Daripada jumlah pingat itu, pasukan memanah SK Seri Sekamat telah menyumbangkan sebanyak 4 emas, 6 perak dan 1 gangsa.. Tahniah diucapkan kepada Hakimi Jumali (4 emas dan 2 perak), Karl Hillman (1 perak), Alya Hannah (1 perak dan 1 gangsa ), Nur Sarah Zulaikha (1 perak) dan Mardiha Mahmood (1 perak). Tidak lupa juga ucapan tahniah untuk jurulatihnya, Pn. Haslizawati Abd Razak yang bersungguh-sungguh memberi tunjukajar dan dorongan.
 

No comments: