Tuesday, August 26, 2008

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling SK SERI SEKAMAT
GURU BIMBINGAN ANDA :
EN. SUHAIMI SHAMSUDIN
DIPLOMA PERGURUAN,UPSI
SIJIL BIMBINGAN DAN KAUNSELING,IPBA
IJAZAH PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, UPM

CIK NURUL BAZLIAH BT FAKHRULRAZI
IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING,UM
KPLI BIMBINGAN DAN KAUNSELING,IPIK

PN. AZIZAH BT MD.DESA
SIJIL PERGURUAN
SIJIL BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Apakah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ?
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah adalah satu perkhidmatan pertolongan yang diberi kepada setiap individu untuk membantu warga sekolah supaya dapat mengenali diri dan potensinya agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya , membina keyakinan diri, supaya dapat menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Orientasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
1. Pemulihan :
Tumpuan kepada individu yang benar-benar menghadapi masalah yang serius.

2. Pencegahan
Tumpuan kepada penyebaran maklumat , kemahiran yang tertentu kepada semua pelajar supaya mereka dapat menghadapi masa depan dengan lebih cemerlang dan berkeyakinan.

3. Perkembangan
Membantu individu menggunakan potensi dan peluang pembelajaran bagi perkembangan dirinya , penyambung sifat-sifat kelainan antara individu dengan masyarakat dan persekitaran.

PRINSIP PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING
1. Setiap manusia adalah unik.
2. Setiap manusia memiliki bakat / potensi yang tertentu.
3. Setiap manusia sentiasa dan boleh berubah.
4. Setiap manusia berupaya dan bertanggungjawab membuat perubahan untuk hidup.
5. Tiada kaedah khusus dalam menolong dan membantu individu membuat perubahan.

Objektif Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Perkhidmatan yang diberi adalah dengan tujuan untuk menolong para pelajar………

1.Mengenal dan memahami diri sendiri.

2.Membantu pelajar menyesuiakan diri dengan alam persekolahan dan dunia luar sekolah.

3. Mendedahkan pelajar berfikiran rasional dan bertindak secara berkesan dalam membuat keputusan atau menyelesaikan sebarang konflik

4. Membantu pelajar mengenali potensi diri dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu

5. Membantu pelajar menghargai sumbangan sesama individu

6. Membantu merancang masa depan, sesuai dengan kebolehan dan potensi diri pelajar.


Guru Bimbingan(Kaunselor) boleh membantu anda sekiranya anda :

- Sukar mengulangkaji pelajaran

- Tidak mengetahui dan memahami teknik belajar yang bersistematik

- Merasa rendah diri dan kurang keyakinan diri

- Menghadapi tekanan(stress)

- Sukar berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru

- Memerlukan maklumat akademik

- Memerlukan maklumat kemahiran-kemahiran tertentu

Apakah Perkhidmatan Yang Ditawarkan ?

Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Khidmat Bimbingan
Inventori Minat/Personaliti

1 comment:

Cikgu said...

Salam. boleh letak gambar bilik UBK anda sebab saya tengah cari ilham menghiasi bilik UBK sekolah.