Saturday, October 3, 2009

PROGRAM TAHUN 5

Salam. Rasanya boleh ucap lagi Selamat Menyambut Idilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Diam tak diam , dah dekat 2 bulan tiada sebarang kata yang ditinta. Sorryle... UPSR pun telah berlalu. Unit Bimbingan dan Kaunseling terus memberi fokus kepada murid-murid Tahun 4 dan 5 tanpa melupakan murid Tahun 6 yang sktif dengan program pasca upsr. Pagi tadi, murid-murid telah mendengar penerangan/ceramah tentang teknik belajar berkesan yang tentunya memberikan 'langkah ke hadapan ' yang lebih pantas untuk menguasai kemahiran. Minggu depan pula, murid-murid Tahun 5 akan mengikuti program smart study matematik dan bahasa Inggeris . Kos yang dikenakan hanya RM 10.00 untuk setiap murid setelah pihak PIBG berjanji untuk menghulurkan sumbangan tambahan. Saya percaya , kemahiran yang diperolehi selepas mengikuti pgm ini akan dapat membantu murid menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun dengan lebih selesa. Kemahiran ini jika diamalkan akan dapat meringankan beban belajar dan menjadikan pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokkan...

2 comments:

Anonymous said...

seboknya thn 5 thn ni...

Anonymous said...

salam cikgu suhaimi ^^
bz btol sek skg dgn mcm2 program!
i miss skss a LOT~
hehhee..insya4JJI akan dtg melawat
awl thn dpn, after my graduation~
doakan kejayaan sy.