Monday, November 24, 2008

Perlunya berjumpa Guru Bimbingan / Kaunselor

Tentunya anda sering mendengar ungkapan begini, "Buat apa aku nak jumpa kaunselor, aku bukannya ada masalah pun". Adakah benar mereka yang berjumpa kaunselor hanyalah mereka yang bermasaalah?

Tahukah anda bahawa Guru Bimbingan / Kaunselor berperanan untuk membantu bukan hanya murid yang bermasaalah . Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terdapat di sekolah adalah untuk SEMUA murid dan pelajar. ELAKKAN diri anda daripada ketinggalan untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Anda pasti berasa kagum dan seronok dengan apa yang anda peroleh !

Kaunselor akan dapat membantu anda...
i. memberi tumpuan di dalam kelas dan menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekolah.
ii. menjadi lebih positif terhadap persekitaran.
iii.mengenali diri dan menghadapi cabaran dengan lebih berkesan.

Buatlah temujanji dengan Guru Bimbingan / Kaunselor anda secepat mungkin !!!

No comments: