Saturday, January 3, 2009

JOM KITA KEMBALI BERSEKOLAH...

PERSEDIAAN MENGHADAPI PERSEKOLAHAN

Assalamualaikum dan Salam sejahtera ! Bagaimana dengan cuti sekolah ? Mestilah seronok kan. Bagaimanapun jangan pula lupa bahawa kita akan mula bersekolah pada minggu depan. Oleh itu, eloklah kiranya anda semua membuat persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan tahun 2009.

A Pakaian sekolah

Pastikan pakaian seragam sekolah ada dan masih boleh digunakan. Kalau ada yang perlu diperbetulkan (koyak, terlalu labuh atau jahitan terbuka) baikinya. Pastikan lencana sekolah dijahit mengikut peraturan.

B. Buku Teks/Buku Kerja Latihan

Belek-beleklah buku yang telah diterima daripada sekolah atau dibeli oleh ibubapa anda. Lihat topic-topik yang akan anda pelajari. Persediaan awal akan dapat membantu meningkatkan kefahaman anda terhadap subjek yang akan dipelajari nanti.

C. Peralatan menulis.

Semak kembali alatulis yang masih ada. Beli dan gantikan mana-mana keperluan alatulis yang tidak cukup atau telah hilang.

Ingat ! Anda hanya ada beberapa hari sahaja lagi untuk berlatih bangun awal dan membiasakan diri supaya hadir ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru.

Selamat kembali ke sekolah…

No comments: