Friday, June 19, 2009

PANDUAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

SEBELUM PEPERIKSAAN

• PASTIKAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN

• SEDIAKAN ALAT TULIS YANG TELAH DITETAPKAN

• TIDUR AWAL DAN SECUKUPNYA

• TENANGKAN DIRI DAN JANGAN TERLALU MERASA TERTEKAN

• BANGUN AWAL DAN SIAP DIRI

• SEMBAHYANG, DOA DAN SARAPAN.

• SALAM DAN MOHON RESTU IBU BAPA DAN GURU

• BERKUMPUL DI DATARAN PERHIMPUNAN.


SEMASA PEPERIKSAAN

• MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN DENGAN LANGKAH KANAN

* PASTIKAN DUDUK DI TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN

* PASTIKAN NAMA, ANGKA GILIRAN DAN NO SURAT BERANAK BETUL TERCATAT.

• PASTIKAN ALAT TULIS TELAH LENGKAP DAN SEDIA DIGUNAKAN

• DENGAR TAKLIMAT DARIPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN

• PASTIKAN KERTAS SOALAN YANG DITERIMA ADALAH BETUL.

• PASTIKAN ANGKA GILIRAN DAN NO SURAT BERANAK YANG TERCATAT PADA KERTAS JAWAPAN ADALAH BETUL

* BACA DOA SEBELUM MENJAWAB SOALAN

* PASTIKAN MENJAWAB MENGGUNAKAN PENSEL 2B

* ELAKKAN KELUAR DARI DEWAN PEPERIKSAAN SEMASA PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN KECUALI KECEMASAN KERANA INI AKAN MENYEBABKAN KERUGIAN MASA UNTUK MENJAWAB.


SELEPAS PEPERIKSAAN


• TARIK NAFAS PANJANG DAN LAPANGKAN FIKIRAN

• BUAT PERSEDIAAN UNTUK PEPERIKSAAN SETERUSNYA

• TIDAK PERLU BERBINCANG MENGANAI JAWAPAN BAGI PEPERIKSAAN YANG TELAH DIJALANKAN


SILA AMBIL PERHATIAN !!!

• SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN ATAU KEJADIAN YANG
MENYEBABKAN CALON TIDAK DAPAT HADIR ATAU LEWAT
KE SEKOLAH PADA HARI PEPERIKSAAN, SILA HUBUNGI :

PEJABAT SEKOLAH : 03-87360579
GPK KURIKULUM : 0126200943
GPK HAL EHWAL MURID : 0122217787



WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT MENDOAKAN KEJAYAAN CALON UPSR 2009




DOA ANAK SOLEH (CALON-CALON UPSR 2009)

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad s.a.w.
Ya Allah
Sesungguhnya aku banyak melakukan dosa padaMu
Dosa-doa besar Dosa-dosa kecil
Dosa-dosa yang aku lakukan secara sengaja mahupun secara tidak aku sedari
Aku mohon padaMu Ya Allah
Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku itu
Ya Allah
Jadikanlah aku anak yang lebih baik
Yang benar-benar memahami ibubapaku
Jadikanlah aku seorang yang penyayang,bersopan santun, tenang, dan sabar
Jadikanlah aku seorang yang jujur dan baik hati
Ya Allah
Aku mohon padaMu
Jauhkanlah aku daripada memalukan mereka
Jauhkanlah aku daripada memperbodohkan mereka
Jauhkanlah aku daripada menghina mereka
Jauhkanlah aku daripada menzalimi mereka
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah aku petunjuk yang benar
Berikanlah aku keredhaanMu
Berikanlah aku kekuatan rohani dan jasmani
Berikanlah aku nikmat kasih sayang sejati
Berikanlah aku taufiq dan hidayahMu
Berikanlah aku keimanan dan disiplin yang tinggi.
Ya Allah Ya Tuhanku
Layakkan aku menjadi anak yang baik
Yang sangat mengasihi kedua ibu dan bapaku
sebagaimana mereka mengasihi diriku semasa aku masih kecil dahulu
Layakkan aku menjadi anak yang dikasihi
Layakkan aku menjadi anak harapan
yang dapat membela nasib dan masa depan keluargaku
Layakkan aku menjadi contoh dan ikutan yang baik
Untuk adik-adikku

SUHAIMISKSS 2009

No comments: