Friday, June 19, 2009

RENUNGAN AYAHSU

Tiba-tiba AYAHSU teringat akan bait-bait nasyid dendangan kumpulan Raihan....

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal soleh
Gunakan kesempatan yang telah diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali...

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
SIHAT SEBELUM SAKIT...
MUDA SEBELUM TUA...
KAYA SEBELUM MISKIN...
LAPANG SEBELUM SEMPIT...
HIDUP SEBELUM MATI...

Diam tak diam, tinggal lebih kurang 2 bulan lagi sebelum UPSR. AYAHSU berharap dan berdoa bahawa anak-anak di Tahun 6 mmasih lagi tidak lupa akan tarikh keramat 08.09.09 yang akan dihadapi nanti.
Apa yang perlu dibuat dalam masa 2 bulan ini? Berlatih, berlatih dan terus berlatih. Untuk mencapai kecemerlangan, seseorang itu perlukan latihan . Bak kata pepatah Inggeris, 'practices makes perfect'. Tanpa latihan yang berkesan, kecemerlangan sukar untuk dicapai. Pada masa kini dan seterusnya, latihan harus ditumpukan kepada menjawab kertas soalan UPSR yang lepas. Berlatihlah menjawab seperti peperiksaan yang sebenar. Soalan mesti dijawab mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Latihan ini adalah amat penting untuk mengetahui prestasi semasa anak-anak menjelang UPSR. InsyaAllah, dengan latihan yang bersungguh-sungguh, kecemerlangan akan dapat dicapai dan IMPIAN akan menjadi KENYATAAN.
Ingatlah kita akan mencapai KEGAGALAN jika kita BERHENTI BERUSAHA !

No comments: