Tuesday, November 13, 2012

KEPUTUSAN UPSR

Assalamualaikum. Apa khabar semua ? Semoga semuanya sihat dan sejahtera. Makluman kepada murid tahun 6. Mungkin ramai yang telah tahu ... tapi Ayahsu nak bagi tahu juga ! Pihak Lembaga Peperiksaan telah memaklumkan bahawa keputusan UPSR akan diumumkan pada 19 November. Tak lama lagi tu... Apa perasaan kamu semua ? Takut ?Tak sabar ? Seronok ? Walau apa saja keputusannya nanti Ayahsu percaya semua telah melakukan yang terbaik. Oleh itu jika ada yang tidak mendapat keputusan cemerlang, janganlah merasa kecewa. Kegagalan di dalam UPSR bukanlah penamat kepada semuanya. Kamu masih boleh mencipta kejayaan-kejayaan yang lebih hebat di peringkat PMR dan yang lebih penting di peringkat SPM nanti. Sama ada cepat atau lambat, Ayahsu mendoakan agar semuanya akan berjaya tiba di puncak kejayaan, dunia dan akhirat !

No comments: