Monday, December 31, 2012
PRODUK HEBAT !
KANDUNGAN
& KHASIAT RINGKAS
|
Madu Lebah Mengandungi enzim-enzim hidup, mineral, vitamin B kompleks, vitamin C dan asid amino yang amat diperlukan untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Membantu mengeluarkan racun dan menjadi penawar kepada penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor. |
Kalium Fosforus
Merangsang percantuman dan pembinaan sinap otak. Membantu
mengatasi masalah pelupa, gugup dan stress.
|
Kalsium
Fosforus Menguatkan gigi dan tulang serta membantu masalah lemah daya ingatan dan penghafalan (pick-up). |
Magnesium
Fosforus Meningkatkan daya tumpuan, keyakinan, kecemerlangan pemikiran dan membuat keputusan tepat (appetatix concept) |
Asid Fosforik Mengimbangi asid dalam otak dan bertindak sebagai tonik penyegar kepada otak yang keletihan. Membantu mengatasi masalah disiplin pelajar. |
Anacard
(Ekstrak Kacang Gajus) Diperkaya dengan protin, bertindak sebagai baja yang menggalakkan pertumbuhan sel-sel neuron di dalam otak. Pengambilan yang berterusan membantu menjadi pintar dan cergas. Mengubati otak yang lembap, lemah ingatan, pelupa dan mengatasi fikiran mudah rasa bersalah dan menyalahkan diri atas kegagalan. |
Ekstrak Bunga
Jasmin Membina kecantikan pemikiran. Membantu mengurangkan masalah kelekaan (brain fag) dan murung. |
Vitamin B
Kompleks Membantu dalam kestabilan saraf, mengurangkan tekanan emosi, stress dan kelesuan. Menguatkan antibodi tubuh serta baik untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut. |
Ganderma
(Cendawan Merah) Menggalakkan tulang sum-sum untuk membina dan mengaktifkan sel-sel darah merah. Sel darah merah yang sihat sangat penting sebagai agen pembawa zat dan oksigen ke seluruh tubuh. Ganoderma juga membantu menyahkan toksid dalam badan serta meningkatkan daya kerja otak. |
Ekstrak
Delima Ekstrak delima mengandungi unsur flavonoid, sejenis antioksidan kuat yang membantu melindungi otak dan menguatkan memori. Ia mengawal radikal bebas yang boleh menyebabkan lemah ingatan, pergolakan emosi dan kemurungan. Pengambilan yang berterusan dapat membantu mengatasi masalah migrain dan mengurangkan risiko penyakit nyanyuk. Selain daripada itu, delima juga diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi, membantu dalam fungsi saraf dan otot serta menghilangkan rasa keletihan. Harga Semenanjung Ahli : RM 29.00 Bukan Ahli : RM 39.00 Harga Sabah/Sarawak Ahli : RM 33.00 Bukan Ahli : RM 43.00 Pendaftaran ahli cuma RM14.00 shj !!! |
Tuesday, November 13, 2012
KEPUTUSAN UPSR
Assalamualaikum. Apa khabar semua ? Semoga semuanya sihat dan sejahtera. Makluman kepada murid tahun 6. Mungkin ramai yang telah tahu ... tapi Ayahsu nak bagi tahu juga ! Pihak Lembaga Peperiksaan telah memaklumkan bahawa keputusan UPSR akan diumumkan pada 19 November. Tak lama lagi tu... Apa perasaan kamu semua ? Takut ?Tak sabar ? Seronok ? Walau apa saja keputusannya nanti Ayahsu percaya semua telah melakukan yang terbaik. Oleh itu jika ada yang tidak mendapat keputusan cemerlang, janganlah merasa kecewa. Kegagalan di dalam UPSR bukanlah penamat kepada semuanya. Kamu masih boleh mencipta kejayaan-kejayaan yang lebih hebat di peringkat PMR dan yang lebih penting di peringkat SPM nanti. Sama ada cepat atau lambat, Ayahsu mendoakan agar semuanya akan berjaya tiba di puncak kejayaan, dunia dan akhirat !
Thursday, August 9, 2012
Thursday, April 12, 2012
MENGAPA DAN KENAPA
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
_________________
-Surah Yusuf ayat 12
_________________
Bertahajud menyerikan wajah,
Bersyukur membajai barakah,
Bermuhasabah mencetus hikmah,
Bertawakal membuahkan pasrah,
Bersaudara menyemai mahabah,
Berukhwah kerana ALLAH...
Labels: Muslimahdakwah
Tuesday, August 9, 2011
CERITA RENUNGAN
CERITA TUKANG GUNTING
Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.
Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.
Monday, July 25, 2011
UJIAN / PEPERIKSAAN @ SKSS
26 - 28 JULAI 2011 - PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011
15, 16, 18 DAN 19 OGOS 2011 - UJIAN BULAN OGOS
13 - 15 SEPTEMBER - PEPERIKSAAN UPSR 2011
18 - 21 OKTOBER 2011 - PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
JANGAN LUPA AKAN TARIKH YANG DINYATAKAN DI ATAS. BUATLAH PERSIAPAN AWAL DAN CIPTALAH KEJAYAAN YANG MENJADI KEBANGGAAN DIRI SENDIRI, IBU BAPA DAN KELUARGA TERCINTA. SELAMAT BERUSAHA !
Subscribe to:
Posts (Atom)